Haji Zul Tiger: Kenangan Bersama "Wak" Thahar

Gambar kenangan bersama Allahyarham semasa beliau dan Tok Mardiyah mengunjungi rumah kami di Perumahan Awam Batu 4, Kamunting, Taiping pada tahun 1979. Itu pertama kali baru saya (kiri sekali) tahu ada saudara-mara di Indonesia. Masa itu saya balik bercuti musim panas antara bulan Jun hingga Ogos 1979. Tak tahu nama dan kaitan mereka. Sehingga lah kunjungan saya ke Jakarta dan akhirnya ketemu juga beliau pada 2 Ogos 2008. Iaitu hampir 28 tahun niat hendak bertemu beliau terkabul. Syukur alhamdullillah.

Gambar tersebut dirakam menggunakan kamera pertama yang saya beli di England. Walaupun gambarnya tak berapa jelas,kamera murah,tapi yang penting detik kehadiran mereka itu amat berharga bagi saya.

Dari: H. Zulkifli Zahari - Foto daripada 29 tahun lalu.

Posting Komentar

0 Komentar