Dari Dato M. Hussaini bin Hj. Abdul Jamil.

Saudara Nonki,
Assalamualikum, salam hormat dari saya dan isteri (Siti) dari Kuala Lumpur dan di harap saudara juga dalam keadaan sihat dan kami terus mendoakan semoga kesihatan Mimi juga bertambah baik.

InsyaAllah kami berdua akan berlansung ka Jogjakarta pada hari Selasa tanggal 24hb. Jun 2008 sehingga Jumaat 27hb. Jun. Kami akan menginap di Hotel Ibis Malioboro. Semasa di kota Jogja, kami sangat berharap untuk berpeluang bersua dan bertemu dengan saudara sadarah dengan tujuan untuk menjalinkan silatulrahim antara kita.

Saya adalah cicit kepada Hj. Rais dan cucu sulung Hj.Habib (putra Hj. Rais). Bapa saya, Hj.Abul Jamil ialah putra sulung Hj.Habib dan saya adalah putra sulung Hj. Abdul Jamil.

Saudara Saihan dari Jakarta telah pun memberi nombor talipon saudari Dewi Indah dan kami akan berhubung denganya bila berada di Jogja kelak. Sepupu saya, Roslan Hj. Johari, juga cicit Hj.Rais, pernah bersua dengan kerabat sadarah di Jogja semasa ia menuntut di Universiti Gajah Mada.

Saya telah pun memaklumkan saudara Saihan tentang tarikh kami akan berada di Jogjakarta. Disudahi dengan salam hormat dari kami beserta doa semoga Illahi akan terus memberi restuNya kepada kita semua. Wassalam.

Mohd.Hussaini bin Hj. Abdul Jamil.

Posting Komentar

1 Komentar

  1. Wa'alikum salam, Dato.
    Terima kasih untuk maklumat cadangan Dato dan Datin akan bertolak ke Indonesia dan duduk selama 4 hari kat Hotel Ibis Malioboro Yogyakarta mulai 24hb Jun nanti - dan tentunya untuk doa bagi kesihatan isteri saya, Mimi. Semoga hal yang sama berlaku pula bagi Dato sekeluarga.

    Atas ajakan kanda HM. Saihan, Insya Allah, saya dan beberapa anggota keluarga sedarah di Indonesia akan berupaya memperolehi peluang untuk bolih bertemu Dato semasa berada kat yogyakarta nanti.

    Pasal lawatan Dato ni pun dah saya maklumkan kat blog keluarga kita, sehingga sesiapa saja daripada keluarga sedarah di Indonesia yang masa itu mempunyai peluang bolihlah berkongsi dengan kami melawat ke Yogyakarta.

    Sampai bertemu nanti, lebih dahulu kami ucapkan; Selamat Pulang Ke Tanah Leluhur!

    Salam penuh hormat,
    Nonki


    {Disalin ulang dari tulisan asli pada June 15, 2008 1:27 PM}

    BalasHapus