Journey Of Knowledge

Hari ini, 26hb Ogos, Pak Su Ahmad Rais Johari bertolak balik ke Kuala Lumpur selepas lawatan akademik daripada University MARA ke Universitas Pendidikan Indonesia. Selama 5 hari berada di Indonesia, beliau dan rombongan menyempatkan diri melakukan technical visits ke beberapa project tempatan di Bogor, Lembang, Garut, dan Bandung.

Projek Journey of Knowledge-Nusantara Bandung ini adalah program pengantarabangsaan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Delima bertujuan untuk memahami dan mengetahui budaya pengajaran dan pembelajaran di Indonesia.

Malam terakhir beliau duduk dekat Bandung, kami sempat bersua dan melepas rindu dengan Pak Su sambil berbual-bual pasal silsilah keluarga, big efforts daripada kanda Zulkifli Zahari dan kanda HM Saihan dekat Geni dan macam-macam hal sampai tak terasa hari dah pun pagi!

Semoga perjumpaan silaturahmi macam ini bolih berlangsung dengan lebih banyak lagi saudara mara daripada Malaysia di masa-masa yang akan datang.

Dari: Hariswan dan Nonki

Posting Komentar

1 Komentar

  1. Projek Journey of Knowledge-Nusantara Bandung tersebut boleh disifatkan berjaya kerana ia mendekatkan hubungan dua buah negara yang bertetangga, yang serumpun dan yang seketurunan.

    {Disalin ulang dari tulisan asli pada August 27, 2008 11:26 PM}

    BalasHapus