Keluarga Angkat Daripada Malaysia

Mungkin terdengar aneh bila saya yang belum pernah lagi berjumpa dengan keluarga dan saudara-mara kat Semenanjung Malaya, diam-diam selama ni mempunyai keluarga angkat daripada Malaysia. Mereka adalah keluarga Shahar bin Abdul Hamid (nama depan sama bunyinya dengan nama almarhum Bapak kami; Mas Shahar), duduk kat Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur. 

Sehari-hari bang Shahar yang beristerikan kak Rohani Soom asal Kuala Kangsar ni dikenal dengan sebutan "Tauke Rokok" dan seperti pengakuannya, keluarga beliau mengenal sangat beberapa orang famili daripada keluarga besar Haji Rais.

What a small world!

Posting Komentar

5 Komentar

  1. Assalamualaikum Kanda,
    Saya pun tidak pernah dengar bang Shahar bin Abdul Hamid atau kak Rohani Soom. Rumah saya dengan rumah bang Shahar hanya 10 minit sahaja. Tolong emel no telefon beliau, saya nak jumpa. Bolih bertukar-tukar info keluarga. Ini berita sungguh mengembirakan. Allah s.w.t.telah membuka pintu-pintu untuk memudahkan usaha kita. Sejak bila bang Shahar menjadi keluarga angkat Kanda?

    {Disalin ulang dari tulisan asli pada June 12, 2008 3:40 AM}

    BalasHapus
  2. Waalaikum salam kanda Zul,
    Saya harap kanda dah pun kontek abang shahar dan bolih mengenal serba sedikit pasal kami kat Bandung daripada abang Shahar. Mengenai keluarga abang Shahar dan sedikit tentang kak Rohani Soom (kami menyebut sayang beliau "kak ni"), ia berasal dari Kuala kangsar, sedangkan keluarganya dari simpang ampat, semanggol. Jauh di atas semua itu, asal muasal semula jadi keluarga kak ni juga daripada indonesia. Interesting, isnt it?

    {Disalin ulang dari tulisan asli pada June 12, 2008 3:42 AM }

    BalasHapus
  3. Assalamualaikum Kanda,
    Sudah telepon abang Shahar dan dapat kan alamat rumahnya.Depan rumahnya ialah Taman Lembah Kiara, sebuah taman bunga bagi kawasan Taman Tun Dr.Ismail. Saya beberapa kali berkunjung ke sana untuk bersiar-siar. Kalau Kanda tak beritahu beliau berada di sana, tentu saya tidak akan tahu. Tapi semasa saya cakap dengan Abang Shahar, Kak Ani berada di Australia. Jadi saya tangguh dulu, tunggu hingga Kak Ani balik. Kerana Kak Ani lebih mengetahui. Untuk pengetahuan Kanda, Hj. Habib telah mula membuka tanah bersama adik-beradik isterinya di Semanggol dan pusaranya pun di sana. Saya tak dapat mengesan pusaranya kerana semua sudah tidak ingat lokasinya dan tiada bertanda, hanya diletak seketul batu sungai.

    {Disalin ulang dari tulisan asli pada June 12, 2008 3:43 AM}

    BalasHapus
  4. Wa'alaikumsalam, kanda Zul.
    Isteri saya, Maya; tadi bagi tahu saya bahwa Kak Ni dah balik dari Australia sejak 2-3 hari lalu. Selebihnya, terpulang kanda sahaje.

    Tapi saya ingat tentulah akan seronok nanti bercakap-cakap dengan Kak Ni pasal Semanggol, keluarga Kak Ni, keluarga Hj. Habib dan lain-lain. Saya nantikan berita baiknya je.

    Salam.

    {Disalin ulang dari tulisan asli pada June 12, 2008 3:44 AM}

    BalasHapus
  5. Assalamualaikun Kanda,
    Semalam 17 Juni 2008 selepas waktu asar lebih kurang jam 5.30 ptg saya bertemu dengan Abang Sahar dan Kak Ani di rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, KL. Selama hampir 2 jam berbual-bual menyentuh keluarga di Bandung. Saya dah dapatkan serba ringkas mengenai keluarga Kak Ani di Simpang Ampat, Semanggol. ebenarnya saya juga sedang menjejaki keluarga Tok Intan yaitu isteri Hj. Habib B.Hj. Rais yang menduduki di kawasan itu. Ada seorang paman saya menjadi Ketua Kampong di situ. Akan saya jumpa beliau untuk menanya keluarga Kak Ani. Itu saja serba ringkas laporan saya.

    {Disalin ulang dari tulisan asli pada June 18, 2008 5:49 AM }

    BalasHapus